Maaf kepada pembaca blog saya kerana sudahlama tidak update blog ini. Tidak, sayamasihsihat dan bernyawa lagi. Cuma kesibukan beralih tempat kerja menyebabkan keadaan tidak mengizinkan. Saya kira belum terlambat untuk mengucapakan kepada semua kaum muslimin dan muslimat, Ramadhan kareem!
Dalam kesibukan itu pun sempat saya perasan mengenai beberapa isu negara yang semakin melampau dan diluar batasan keimanan untuk bersabar saj menerimanya.
Sekali lagi pembohongan dilakukan tanpa mengira nasib, perasaan, reputasi dan kebajikan orang dijadikan bahan fitnah dan pembohongantersebut.
Yes, ini berkaitan mengenai personalti yang terlibat dalam kes liwat terhadap Dato` Seri Anwar Ibrahim. Maaf, maksud saya YB DSAI dari Permatang Pauh yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.
Ianya bukan mengenai DSAI sendirti atau bukan "mangsa liwat" Syaiful .
Ini adalah mengenai FITNAH DAN PEMBOHONGAN yang dirancang terhadqap Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri iaitu saudara Khairil Anas.
Saudara Ramlang Porigi, Imam Masjid Wilayah Persekutuan melalui artikel2 yang disiarkan dalam Suara Keadilan pada Bil 145(27.8.2008-9.8.2008); juga dalam akhbar Siasah Bil.0113(31.8.2008-6.9.2008) ; dan melalui rakaman video temuramah dalam Suara Keadilan Onl;ine yang dimuatkan pada 25 Ogoss 2008; telah menyatakan bahawa Saudara Khairil Anas mengenali Imam tersebut dan telah meminta nya menguruskan majlis lafaz sumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Ini adalah suatu pembohongan dalam kapasiti mega besar-besaran terhadap Pegawai Khas TPM kita, Dato` Seri Najib Tun Razak. Mengapa dan kenapa????? Hanya yang empunya diri saja yang tahu jawapannya.
Saya katakan PEMBOHONGAN DAN FITNAH kerana pada tarikh majlis tersebut diadakan saudara Khairil Anas tidak berada di Kuala Lumpur, malah beliau telah bearada berada jauh di Penang menjalankan tugas pada 15 Ogos lagi iaitu tarikh majlis tersebut dijalankan.
Artikel berisi PEMBOHONGAN itu lengkap menyatakan saudara Khairil Anas sendiri yang berjumpa dengan Saudara Ramlang Porigi dan meminta beliau menguruskan majlis tersebut pada pagi 15 Ogos 2008.
Dakwaan Ramlang Porigi itu adalah amat mustahil kerana Sdr Khairil Anas tidak mungkin berada di dua tempat yang berasingan pada satu waktu yang sama kecuali.........
Kecuali Sdr. Khairil Anas ada bela hantu raya atau clone!!!!!!!!! Yang saya tahu beliau tak pernah pun ada bela hantu raya dan belum lagi cukup kemampuan nak beli clone dirinya.
Ini Ramlang Porigi tau ke yang PEMBOHONGAN yang dia buat itu tak betul lansung! Otang tua-tua dulu ada pesan, kalau nak mencuri belajar lah dari pencuri dan kalau nak jadi baik belajar lah dari orang yang baik-baik.
Saya cuma boleh bersimpati dengan Ramlang Porigi kerana terlalu percaya dengan dorongan dan janji palsu serta omongan kosong puak-puak yang menabur janji dan imbuhan kepada beliau.
Seorang Imam seperti Ramlang Porigi dengan mudah boleh melakukan pendustaan sebegini mega adalah menjadi suatu kebimbangan kepada kita semua. Ini saja telah cukup mencemarkan nama baik agama Islam dan institusi Imam dalam masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Bertaubatlah sebelum terlambat. Tak perlu bersumpah untuk menegakkan benang yang dah basah.
Kepada Sdr Khairil Anas saya doakan tuan banyaklah bersabar dan anggaplah ini semua sebahagian daripada dugaan dari Allah. Kerana Allah hanya menduga hambanya yang tahan dugaan. Saya doakan tuan sihat,fizikal dan mental serta teruskan perjuangan kita yang masih jauh lagi perjalananya.
Bersempena dengan bulan Ramadhan al Mubaraq ini saya berharap pihak yang berkenaan yang menaja dan membimbing PEMBOHONGAN DAN FITNAH dengan motif tersendiri, hentikanlah pendustaan ini.
Friday, September 5, 2008
LIES! LIARS ! CHEATS! TIPU! PENIPU! PENDUSTA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
pening dengan dunia politik sekarang... politik melayu sekarang dah jauh dari politik org melayu dulu yang nak memperjuangkan kemerdekaan (esp DSAI). nape laaa diorg ni tak belajar sejarah dunia dan sejarah malaysia, mcmana kejatuhan sesuatu bangsa itu disebabkan oleh ketamakan oleh sesetengah individu, contohnya kejatuhan empayar ROME dan KESULTANAN MELAYU MELAKA.
Post a Comment