Dari kecil kita dididik untuk bercakap benar oleh ayah dan ibu kita semua. Terutamanya orang Islam yang sememangnya amat peka menegani disiplin dan tingkah laku anak-anak mereka. Bila masuk sekolah guru pula menuruh dan mengajar kita supaya bercakap benar. Jika berbohong akan di rotan atau didenda oleh guru. Kita pun teramatlah takut dan akur dengan segala arahan dan tunjuk ajar mereka.
Utaz dan ustazah pula pesan: jangan bohong! Tipu dosa,Mati seksa, masuk neraka!!!!!!! Maka diceritakan lah betapa azab dan sengsaranya hidup dalam neraka itu sehingga ada yang mengigau pabila tertidur.
Bila sudah masuk ke menara gading pula kita berjumpa dengan para ilmuan dan cendikiawan yang juga mula memberikan kuliah yang seakan-akan sama bunyinya. Jangan lah kamu cuba untuk menipu atau berdusta kerana kamu akan di ambil tindakan dibawah Akta Universiti dan Universit Kolej( tata tertib) atau ISA??? atau apa sahaja yang ada hujungnya AAAAAA???
Maka melangkahlah kita ke alam pekerjaan. Dengan penuh semangat anak muda yang baru bergraduat itu ingin memulakan kerjayanya dengan jayanya. Berbekalkan segalailmua yang ada anak muda itu mula berkarya. segala kesalahan ingin diperbaiki dan segala kebaikan ingin diperhebatkan.
Lantaran dia terus membuat beberapa pembetulan di dalam beberapa kerja orang terdahulu disamping mencadangkan yang lebih baik. Puas rasa hantinya keran telah dapat berbakti dan mempraktikkan segala ilmu yang dihimpun sewaktu dimenara gading. tentulah boss dan rakan-rakan senior akan amat gumbira dengan nay sebagao budak baru di ofis itu.
Waduh! Surprised monkey betul ( terjemahan dari bahasa melayu) anak muda itu. Dia telah dipanggil oleh boss dan dimarahi kerana pandapandai membuat pembetulan tanpa diminta. Rakan-rakan senior pula amat memarahinya juga kerana dia dikatakan cuba untuk menunjuk pandai. Pulang saja kerumah anak muda pun keletihan dan kesedihan. Dia ingin sekali untuk meleapkan mata untuk berehat seketika. Loh! llLansung ada panggilan talipon si dara mahu ajak nya keluar makan-makan di kota. Wah dia terus memaklumkan keinginan untuk berehat sahaja di rumah. Si dara lansung menhewmpaskan taliponnya dan tidak lagi menghubunginya selepas itu.
Ibubapanya pula datang mahu ajak ziarah ke rumah pakciknya yang mahu ke umrah. Anak muda berkata benar sebab tubuh memang kurang sihat sedari tadi. Keduanya juga memarahi beliau kerana tidak sedar pakciknya itulah ayng sering membantu beliau dengan kewangan ketika di menara gading dahulu.
Lantas dipandaunya kereta sederas yang mampu untuk sampai ke destinasi. Wah! Pak Polis pula yang menahanya keran terlalu laju. Anak muda terus berkata benar: kerana ingin menziarah pakciknya dan dia terlalu letiah dan mahu berehat awal. Polis pun juga berkata benar: melebihi kelajuan itu suatu kesalahan! Ambillah samanya.
Jam 11 malam anak muda telah mula melabuhkan sauhnya di kamar tidurnya. Menari-nari di kepalanya tentang keniginanberkata benar dan melakukan kebenaran tetapi tiada ayng kesampaian. Dia sering pula menjadi sasaran hentaman. Esok hari tekadnya mula berubah. Kecairan pendekatannya mula mudah dibentuk menurut kepentingan. Tema work penting tetapi yang lebih penting adalah team work yang tidak merubah status qou . Biarkan aja! yang penting happy!
Begitulah selingkar kisah anak muda yang berjiwa besar tadi. Dia kecundang dek tsunami kedegilan arus perdana.
Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan,
Alang-alang mahu buat teguran/perubahan biarlah tambah menghadapi dugaan!!!
2 comments:
yala Prof, thats why students, they lie sebab takut kena marah. well, if we datang lambat to the class, especially your class, haha..we try to make up stories and things..kan2??
tiada istilah bohong sunat. but sometimes tipu itu untuk mengelak dari unsur2 yang Prof nyatakan dalan entri ini. kene jumpa family la, gi dating la..tiring.
*thank god i never come late to LAW class, hehe..
hurm haritukan saye ade dengar ceramah agama la.......kalau xsilap dri Dr.Fadzilah Kamsah kot......die kate kalau kite baru masuk kerja dekat mane2 pun......always merendah diri......dan mengaku je tak tau ape-ape walaupun kite tahu...die(fadhilah kamsah) cakap la....coz mmg betul pun org tak suke org bru yg memandai2 ni(saye rase)........ hurm for me yang selalu tukar kerja part time ni....saye rase ape yang die cakap tu betul.......alhamdulillah la i nevergot any prob with my new frens at work hehehe......
Post a Comment