Thursday, July 17, 2008

DEBAT ANWAR vs AHMAD SAHBERY CHIK : SIAPA BENAR DAN SIAPA PUTAR


Debat ini yang pertama kali sepertinya dilakukan adalah suatu sejarah segar dan subur bagi demokrasi yang hidup dalam pentadbiran Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita.
Belum pernah lagi berlaku di Malaysia, kedua-dua pemimpin parti yang berbeza antara kerajaan dan pembangkang boleh berkongsi pentas yang sama dan berhujjah secara terhormat dan sungguh berhemah.
Ini menunjukkan bahawa tohmahan bahawa kerajaan BN aalah tidak perihatin dan kuku besi dalam menjalankan pentadbiran negara adalah tidak berasas sama sekali. Malahan jika kita lihat para penonton dalam dalam dewan tersebut pun dibahagikan sama rata mengikut nisbah pembangkang dan kerajaan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Menteri Penerangan Malaysia, Dato Ahmad Shabery Chik , seorang pemimpin muda UMNO yang telah berani menyahut cabaran pihak pembangkang. Beliau telah sekali gus membuktikan kepada para sceptics yang menjangkakan beliau akan diratah mentah-mentah oleh Anwar sama sekali tidak benar dan meleset.
Malahan jika kita lihat beberapa kali Anwar tergamam dan tidak menjawab langsung perkara yang dibangkitkan oleh Menteri Penerangan kita terhadap beliau. Apabila Datuk Ahmada Shabery Chik merujuk kepada fakta sejarah perihal pentadbiran Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dahulu yang mengakibatkan banyak syarikat bumiputera kecil dan sederhana(SMI) gulung tikar-Anwar lansung tiada jawaban dan mendiamkan diri dalam isu itu.
Anwar kerapkali mengatakan bahawa kecaman terhadap corak pentadbiran dan polisi beliau dahulu adalah sebagai personal attacks. Walhal, Ahmad Shabery Chik sekadar merujuk kepada ciri-ciri kepimpinan beliau yang mentadbir negara ketika itu dan di khuatiri masih di tahap yang sama dan jika berjaya menubuhkan kerajaan akan bersifat seperti dulu juga.
Saya merujuk kepada sebuah e-mail yang saya terima tadi iaitu komentar mengenai isu dalam debat tersebut di bawah ini:

Apa yang pasti satu sejarah tercipta apabila Menteri Penerangan muda telah berani berdepan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dan juga pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Debat yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar dan dua orang ahli panel - Pengarang akhbar Siasah, Zulkifli Sulong dan Tan Sri Dr.Nordin Kardi, Naib Canselor dari Universiti Utara Malaysia.

Debat yang bertajuk "Bentuk Kerajaan, Esok Akan Turun Harga Minyak". Apa yang dapat diulas disini adalah debat ini sebenarnya tidak mencapai matlamat yang sebenarnya dan bukanlah pula gagal dalam konteks penerangan yang mana debat ini telah diselewengkan dari tajuk asal dimana Anwar tidak fokus kepada isu dan tajuk debat ini yang sebenar. Mungkin bagi pihak pembangkang dan rakyat biasa yang kurang arif dengan subjek teknikal menganggap debat ini berpihak kepada Anwar kerana seperti biasa Anwar telah banyak memutar belitkan fakta sebenar dan berjaya menyusun ayat -ayat yang membayangkan bahawa beliau adalah pejuang kepada rakyat. Dari segi isi sebenar Anwar gagal untuk membuktikan apa yang telah beliau janjikan dan gagal untuk membuktikan bahawa beliau boleh menunaikan janji-janji yang telah dilakukan pada pilihanraya yang lalu.

Anwar dari tajuk sebenar dengan menekan bahawa beliau akan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen. (Lari dari tajuk dan janji beliau pada plihanraya yang lalu) di mana harga minyak pada masa itu adalah RM1.92 jika kita masih mengekalkan harga RM 1.92 maka kerajaan perlu subsidi sebanyak 50 billion yang mana banyak pembangunan terpaksa dihentikan, projek seperti jalan, sekolah terpaksa dihentikan. Anwar banyak merapu dengan mengulangi perkara lama seperti bail out pewaja dan bail out bermacam-macam lagi benda lain yang tidak diterangkan. Selanjutnya>>http://www.kpmu.net

0 comments: