Thursday, July 3, 2008

PEMBETULAN FAKTA-YB DATO` ISMAIL SABRI YAKCOB,MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

HEBOH SEMALAM, dalam semua media elektronik dan akhbar bahawa ada 4 orang UMNO akan sertai PKR dan dua daripadanya adalah Menteri kabinet sekarang.
BETUL KE? FAKTA ATAU AUTA??
Tersibar luas dalam media elektronik terutamanya mendakwa YB Menteri Belia dan Sukan, iaitu Dato` Ismail Sabri Yakcob dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, iaitu Dato` Saifudin Abdullah telah bersedia untuk mengorak langkah dan hanya menati waktu yang sesuai saje.
Rupa-rupa nya itu semua hanyalah khayalan dan dongengan pihak lawan yangamat cemburu dengan keamanan dan keteguhan pentadbiran sekarang BN dibawah YAB Perdana Menteri kita dan Presiden UMNO, Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi. Semalam juga kedua-dua tokoh tersebut telah membuat press conference dan menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut sebagai pembohongan dan firnah pihak lawan yang telah kehabisan modal dan politik murahan/picisan.
Saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sedikit pengalaman saya bersama YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia kita, iaitu Dato` Ismail Sabri Yakcob. Saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya,Kuala Lumpur bersama dengan Dato` Ismail Sabri ketika itu. Walaupun beliau adalah satu tahun senior saya, tetapi kami telah berkenalan dan menjadi sahabat baik. Ini disebabkan sifat semula jadi Dato` Ismail yang suka bersahaja dan berterus terang dalam segala isu dan interaksi harian kami tanpa memilih bulu dan darjat.
Sebagaimana yang saya kenali UB Dato Ismail Sabri amay senang berbincang dengan sesiap sahaja dan mudah mesra denagn kawan dan lawan. Beliau memang tak suka banyak birokrasi dan "action dan result oriented" . Lantaran itulah agaknya kami boleh bekerja dengan begitu baik dan rapat dalam kabinet beliau ketika Dato` Ismail telah menjadi Presiden, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya atau PMUM dalam bahasa Inggeris dipanggil "University Malaya Student Union(UMSU) ketika itu.
YB Dato` Ismail telah di pilih menjadi Presiden setelah kami memenangi Pilihanraya Kampus UM peringkat Umum dan Fakulti. Ketika itu saya telah dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Agung dan bekerja rapat dengan Presiden dalam banyak urusan.Tema kami ketika pentadbiran beliau adalah menjalankian aktiviti bagi siswa/siswi dan memperjuangkan kebajikan pelajar disamaping perihatin denagn keadaan sekliling/masayarakat termasuklah dalam dan luar negara.
Saya amat bangga keran ketika tiu kabinet belaiu terdapat berbagai bangsa dan fahaman agama iaitu Melayu, Cina dan India. Masing-nasing memegang portfolio penting bagi menjayakan amanh yang telah diberikan oleh para pengundi/pelajar ketika itu.pasukan kami telah berjaya memenangi pilihanraya ketika itu dan mengalahkan pasukan yang dikatakan "favourite" tetapi extrreme pro ke seblah sana. Jelas mereka telah tidak diterima oleh pengunidi/pelajar dan kami menang besar.
Sepanjang pergaulan kami saya berani mengatakan bahwa YB Dato` Ismail Sabri tidak pernah berqiblatkan atau memberi sokongan apa pun kepada kepimpinan Anwar Ibrahim ataupun kumpulannya. Walaupun ketika itu ada suatu gelommbang besar yang digelar "Anwarion" sedang melanda semua kampus di tanahair namun PMUM ketika di bawah YB Dato` Ismail Sabri tidak pernah ada membuat hubungan lansung dengan Anwar Ibrahim dengan apa cara sekalipun.
Kami tetap dengan agenda kami dan mengutamakan kepentingan kebajikan siswa/siswi tanpa mengambil kesempatan terhadap para sisw/siswi yang "fresh" dan masih pening lalt dek "cultural shock"/kejutan budaya kampus.
Lain pula halnya, dengan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan kemasukan pelajar baru dengan mengedarkan risalah/nota/surat beracun/fitnah keapda semua pelajar baru ketika Minggu Haluansiswa. Kebanyakan nya adalah menjadi ejen parti politik yang berbau perkauman,extremist dan anti-kerajaan. Kita juga lebih mementingkan isu semasa dan alam sejagat.
Saya masih teringat lagi bagaimana Dato`Ismail mengajak saya pergi mengadap Naib Canselor UM ketika itu, Prof.Di Raja Ungku Aziz kerana ingin memohon kebenaran mengadakan Perhimpunan Besar-besaran di Dewan Tunku Canselor(DTC) bagi mengecam dan memprotes kezaliman regim zionis yang menyerang dan membunuh beribu rakyat di Shartila dan Sharbila, Lebenon. Pak Ungku telah memberi sokongan padu dan meluluskan serta-merta penggunaa DTC dan segala kemudahan. Kami telah berjaya mendapatkan kehadhiran hampri semua Keduataan asing di Kuala Lumpur, wakil NGO Islam dan bukan Islam seluruh Malaysia bagi mengencam regim zionis Israel itu.Pada kami itu adalah aktiviti pelajatr yang amat sihat keran peka dengan keadaan dunia dan lestari kita yang global.
Mengimbau kembali kenangan tersebut dan hakikatnya sekarang adalah mustahil, bagi pandangan saya, bahawa YB Dato` Ismail Sabri yang jug seorang Menteri Kabinet kerajaan Barisan Nasional mahu melompat dan menyertai Anwar/PKR. Saperti kata petikan dalam wawancara semalam oleh YB Dato` Ismail " Ini semua kerje orang GILa! tak masuk akal dan tidak asas sekali!"
Mungkin pihak yang membuat laporan itu sengaja atau tersalah orang! Kredibiliti sumber berita tersebut pun amat musykil sekali. Tak pelah YB Dato`, sabar ajelah.
Selamat meneruskan perjuangan dan menjalankan tugas.




2 comments:

Fareenz said...

well prof, it was a scary issue hari tu..haha!!

hopefully xde la yg lompat2..

prof..class dh nak start..boring la xdpt msuk class prof lagi..hehe!!

AH Sidek said...

Ye ke? I tot u all sume dah boring in my class asik nak titun je...zzzzzzzzz! Tak per alh just drop my ofis with yr frens...leh kita borak2 or gi makan I belanja u all