Wednesday, July 16, 2008

PERHIMPUNAN HARAM ATAU DEMONSTRASI?

SAYA DAH kata banyak kali dah. Polis pun dah kata banyak kali. Pak Lah pun dah ingatkan kita semuia banyak kali. JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN HARAM!
Kita adalah negara yang berdaulat dan ditadbirkan oleh sebuah kerajaan yang telah melalui proses demokrasi. Semua harus sedar dan insaf bahawa walaubagaimana pahit sekalipun bagi sesetengah golongan orang untuk menelan, terima lah hakikatnya bahawa ini adalah kerajaan BARISAN NASIONAL. Ia di terajui oleh UMNO dan parti-parti komponen yang lain seperti MCA,MIC, PBS,UPKO,SUPP dll
Apa lagi yang tidak senang di hati mereka saya pun kurang arif. Mereka telah berjaya memasukkan wakil-wakil mereka serami 82 orang kedalam Parliamen. Mereka telah ada wakil untuk menyuarakan isihati dan perut mereka di dalam Dewan Rakyat melalui ahli-ahli YB mereka. Namun mereka masih lagi suka untuk pergi ke kawasan lapang dan sepanjang jalanraya untuk menyuarakan keresahan mereka.
Apa yang bertambah pelik dan hairan, turut terlibat dalam perhimpunan-perhimpunan itu juga adalah Ahli Parlimen mereka sendiri. Tidak cukup mereka berhujjah dalam Parlimen nak tambah lagi masa kat luar Parlimen pulak. Mereka juga lah yang menjadi bintang tarikan utam di dalam banyak perhimnpunan tersebut.
Persoalannya: apakah motif sebenar mengadakan demonstrasi jalanan atau perhimpunan haram tersebut sedangkan cara terhormat dan mengikut lunas undang-undang telah sedia ada???
Undang-undang adalah jelas. S.27 (5) Akta Polis 1967 dengan terang menyatakan sebarang perhimpunan yang dihadhiri oleh lebih daripada tiga (3) orang tanpa mendapat kebenaran/permit daripada pihak polis melalui Ketua Polis Daerah kawasan yang berkenaan adalah suatu PERHIMPUNAN HARAM dan merupakan suatu kesalahan jenayah.
S.27(8) Akta Polis 1967 juga menyatakan, mana-mana orang yang didapati bersalah di mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan haram itu boleh dijatuhkan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit(RM2.000) dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit (RM10,000) DAN hukuman penjara tidak lebih dari satu tahun.

MAKA adalah teramat jelas dan terang lagi bersuluh seabarang perhimpunan, perjumpaan, mesyuarat taua apa sekalaipun nama yang diberikan tanpa memenuhi syarat undang-undang di atas adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman.
Mungkin ralai yang tak tahu atau pura-pura tak tahu. Polis belum bertindak lagi. Mereka masih lagi boleh bersabar. Tetapi selpas ini mungkin mereka tidak boleh bersabar lagi. Fikirlah sendiri.

1 comments:

SaDi said...

Apa komen dato tentang DEBAT antara Menteri Penerangan dan DSAI?